Followers

feel free to drop by ;)

Name:
Email Address:
cucutokwan-omaq.blogspot.com

Popular Posts

Wednesday, September 8, 2010

buat yang bergelar hawa

diambil sepenuhnya daripada facebook .


Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan engkau risau jodohmu .Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai.


Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.


Hawa,

Jagalah pandanganmu , awasilah auratmu, periharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buatmu, cukuplah sekadar cinta keluarga yag membahagiakanmu. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta keluargamu

3 comments:

Sofea Asyiqin said...

em........i like i like!


so,

berjumpa dgn lelaki bukan muhrim itu tak boleh jugak ye =.=

ZA Wong said...

berjumpa dgn lelaki buaya juga tidak boleh :)

Sofea Asyiqin said...

alamak terasa.. :)