Followers

feel free to drop by ;)

Name:
Email Address:
cucutokwan-omaq.blogspot.com

Popular Posts

Tuesday, June 1, 2010

diterima dari facebook




Banyak yang boleh dilakukan oleh negara-negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, bagi membantu aktivis yang ditahan dari kapal Mavi Marmara daripada hanya mengutuk sikap kekejaman rejim Israel ke atas armada kecil kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada setakat mengutuk yang perlu dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Untuk mengutuk Israel...mereka tidak peduli,” katanya kepada pemberita mengenai dialog awam dan meja bulat akan datang mengenai Structural Transformation of Malaysian Economy anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan New Club of Paris, di sini hari ini.

Merujuk penyerang Israel sebagai “rangkaian kumpulan yang tidak berperikemanusiaan”, Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) itu berkata Malaysia dan seluruh dunia boleh menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan ke atas rejim Israel berhubung serangan itu.

"Saya fikir seluruh dunia perlu mengatasi Amerika Syarikat bagi membantu Israel hanya apabila ia melakukan perkara yang betul dan bukan apabila Israel melakukan jenayah anda sokong hanya kerana ia merupakan sekutu anda,” katanya. - Bernama

No comments: